Friday, November 20, 2009

Nak update gambar terbaru anisa zahra...


anisa star

play time

pakai topi

hooooooohhh

demam tumbuh gigi

Lama tak update blog ni.. kesihatan tak berapa baik..anak beranak selesema. ni kali pertama berlaku dalam hidup anisa.....ahad malam isnin, anisa macam tak mahu lepas, nak berkepit je kejenye.. banyak kali dia bangun nangis2, macam tak sedap badan. aku check semuanya ok. malam tu pukul 3.30 pagi dia bangun nangis, nak menyusu.. aku rasa badan dia hangat, berpeluh!! tak pernah lagi aku rasa badan anisa sehangat tu. aku dari sedap2 tido, terus bangun cari termometer. mane ntah aku letak.. tak ingat. maklomlah tak pernah guna. beli dulu pon sebelum anisa lahir, memang beli untuk anisa pon.. last2 jumpa juga. aku baca instruction, macamana nak guna niii... tengah malam buta aku belaja cara guna. nasib baik senang jeee..

aku on, aku letak kat celah punggung anisa... 37.5 darjah celcius.. aku tak tau nak buat ape.. dah kejot suami, tapi dia liat nak bangun..emmm sabo je la. aku takot kena demam panas je.. dengar macam2 cerita pasal demam panas ni sampai tarik2 semua... mintak dijauhkan... aku ambik ais dalam peti, aku balut dengan kain, aku tuam kat kepala anisa, kat celah2 badan dia.. nasib baik anisa tengah ngantok sangat, tak terbangun la dia.. gerak2 je..

esoknya aku cuti.. tak larat sebenanye, sambung tidur lambat... pagi tu ajak suami pergi klinik. then pergi lah satu klinik swasta ni. doc check tekak anisa, katanya ada putih2.. katanya perhatikan kalau ada bintik2 merah kat mulut, tangan, kaki datang semula kat klinik. takot HFMD.. alahaiii...anakku.. dia bagi ubat demam dan selesema coz anisa kena selesema sikit. tak puashati penjelasan doc tu sebenarnya. tambahan pernah baca yang ubat selesema@batuk tak sesuai untuk bayi bawah 2 tahun.. balik tu bagi lah makan ubat demam je.. dengan ubat selesema (tak sampai hati sebenarnya).. malamnya pon sama, badan anisa hangat lagi, pukol 4 pagi aku tuam dia..

esoknya pergi klinik lain, doc kata demam biasa je (takde HFMD pon) alhamdulillah... doc ajar tepuk2 keluarkan hingus dia. aku pon kena juga buat tepuk2 tu.. doc kata batuk dan selesema aku serius dan boleh sebabkan lelah kalau lendir tu tak keluar.. huh... kalo seminggu masih sama, aku kena sedut..eeeee... tapi alhamdulillah, 4 5 hari selesema batuk anisa pon dah kurang. aku pon beransur sihat.. kalau tak, kesian dia.. nak menyusu pon susah. tapi walaupon selesema, aku tengok anisa aktif macam biasa..main2 pon hingus meleleh je.. napas ikot mulut. bila aku nak lap hidung dia, bukan main susah.. nak cuci hidung pon susah. melalak2 dia kalau aku sentuh hidung dia yang kecik tu.. sampaikan dia trauma nak mandi sebab nampak air. dia ingat nak usik hidung dia..

ni alhamdulillah dah sihat. dah hilang trauma dia nak mandi. makin suka mandi, main2 air.. baru aku tahu susah kalau anak sakit... kesian.. rupa2nya anisa demam 2 hari tu anisa nak tumbuh gigi.. gusi dia bengkak.. sekali tumbuh 2 batang gigi.. satu atas dan satu bawah.. jadi anisa dah ada 3 batang gigi.. satu atas, 2 bawah. 1+2=3 batang.. seronoknya..gigi pertama anisa tumbuh masa umur 7 bulan.. gigi ke 2 dan 3 umor 10 bulan.. alhamdulillah anisa tak kena HFMD tu... terima kasih ya ALLAH


Tuesday, October 20, 2009

Open House... Kenduri Kawen...

Cepat benor masa berlalu.. perasan ke tak, semalam last Syawal.. Berlumba2 orang buat rumah terbuka. Rumah aku??? Ehehe tertutup jek. Emmm.. Tak ketinggalan yg ambil kesempatan buat majlis kawen di bulan raya yang mulia ni.. Sabtu haritu, 2 kenduri kawen kami pergi.. Satu officemate di Keramat, wohoo naik seri pengantin. Selama ni tak pernah nampak dia make up, sekali make up…meletopp!! Tapi tak sempat snap gambar pengantin.. sibuk pegang anisa. Satu lagi jiran kat rumah mak.. (merangkap jiran aku jugak) kawen juga akhirnya dia.. Sedap menunya, kami kenyang perot sampai ke malam… ehehe. Makan kambing bakar dan cendol!! Fuuhhh best giler.. Suamiku yg pada awalnya agak moody teros ok dapat makan best..hehehe… anisa makan ape jek? Makan papedom.. Ada gambar dia. Siap tapau dua tiga keping makan dalam kereta…
Ahadnye pulak 3 rumah terbuka kami pergi.. Rumah pertama tu kawan my FIL merangkap bapa kawan aku masa sekolah dulu (rumah eddy). Tapi tak jumpa pon dia, dia keluar katanya. Kat situ menu nasi kerabu dan nasi dagang.. Rumah kedua open house rumah pengetua, menu utama ikan keli masak sambal..Boleh tahann, ikan keli fresh!! open house ketiga menu laksa, tapi aku tak makan pon, melayan anisa merangkak.. lasaknya kemain si kecik nii… pantang letak, merayap le dia.. tu belom berjalan lagi… adushhh abisla umi nantiii.. Balik rumah pon dah petang… 2 hari cuti memang aku rasa tak cukup! Tak sempat berehat pon.. L tau2 esok dah nak start kerja pulak………alahaiii




Monday, October 19, 2009

Balik Raya…

Dah nak abis raya tapi nak cerita jugak.. Pasal balik beraya. Dis is my 2nd time beraya as awife and my 1st time as umi.. tahun ni kami beraya bertiga.. hehehe. Dis year, sebenarnya turn kami beraya kat Johor, tapi last minit terpaksa tukar destinasi raya atas sebab2 tertentu. Jadi, kami beraya di kelantan le tahun niiii.. huuuu… cuti raya dah apply awal, dah approved pon. Jumaat pon aku masih kerja, tapi mood kerja dah takde. Ingat nak ghayo jekk…ehehehe. Sabtu tu balik pagi, tapi tak pagi sangat pon, pukol 10am bertolak. Selalu balik kelantan, lalu gua musang jek, tapi laki ku kata mungkin jem kat sana, jadik kami lalu ikot terengganu le..

Memang penuh satu kereta dengan barang2 si kecik ni. Besen mandi, cerek air (untuk anisa mandi air panas), blender (untuk blend lauk anisa), car seat, walker… fuhhh beso2 sumenye… nengok gaye macam nak kena tuko kereta, tuko MPV ke… ok gak. Estima ke, alphard keee.. ongkosnye??? Hmmm… baru anak satu. Tu pon barang umi dengan abah dah dihadkan. Dalam perjalanan pon sekali jek anisa tido kat seat dia. Selebihnya dok bertenggek kat uminya la.. syok kot dok kat pangkuan umi ni yeee… kalo ku tahu, tinggal jek car seat tu kat rumah, buat nyemak je… huh. Ya ALLAH… lamanye perjalanan kami. Walaupon tak jem. Pejam celik pejam celik pon tak sampai2 lagiii.. sekali anisa buat perangai daaa.. dia menjerit2 nakkan abahnye. Dah bosan kot dok dengan umi niii.. huhu… pujuk2 pon masih jek dia menghala ke abahnye. Time maghrib pulak tuu.. so terpaksala tukar driver.

Fuuuhhh aku ni amatur, baru setahun dapat lesen, masih P lagi. Selalu drive area KL jek, pergi dan balik kerja.. hmm setengah jam jugak drive, jalan kampong pulak tu. Kereta yang lalu semua laju2. dah la jalan pon tak rata. Mata pon kelabu jek, maklumle time senja niii… dah gelap sket, tukar balik driver yang asal.. nasib baik anisa tidoo.. fuhhh pukol 9.30pm sampai kampong.. 11 jam setengah dalam perjalanan. Naik kematu punggung kami 3 beranak. Memang le tak jem langsung, tapi jauh le. Pusing terengganu baru sampai kelantan.. Lama benor perjalanan kami.. Nasib baik le baju rayo semua dah strika awal2 kat rumah. Sampai2, mandi, terus tidooooo. Menunggu esok hari raya… zzzzzz (pasni tanak dah lalu situ!!!)