Friday, November 20, 2009

Nak update gambar terbaru anisa zahra...


anisa star

play time

pakai topi

hooooooohhh

demam tumbuh gigi

Lama tak update blog ni.. kesihatan tak berapa baik..anak beranak selesema. ni kali pertama berlaku dalam hidup anisa.....ahad malam isnin, anisa macam tak mahu lepas, nak berkepit je kejenye.. banyak kali dia bangun nangis2, macam tak sedap badan. aku check semuanya ok. malam tu pukul 3.30 pagi dia bangun nangis, nak menyusu.. aku rasa badan dia hangat, berpeluh!! tak pernah lagi aku rasa badan anisa sehangat tu. aku dari sedap2 tido, terus bangun cari termometer. mane ntah aku letak.. tak ingat. maklomlah tak pernah guna. beli dulu pon sebelum anisa lahir, memang beli untuk anisa pon.. last2 jumpa juga. aku baca instruction, macamana nak guna niii... tengah malam buta aku belaja cara guna. nasib baik senang jeee..

aku on, aku letak kat celah punggung anisa... 37.5 darjah celcius.. aku tak tau nak buat ape.. dah kejot suami, tapi dia liat nak bangun..emmm sabo je la. aku takot kena demam panas je.. dengar macam2 cerita pasal demam panas ni sampai tarik2 semua... mintak dijauhkan... aku ambik ais dalam peti, aku balut dengan kain, aku tuam kat kepala anisa, kat celah2 badan dia.. nasib baik anisa tengah ngantok sangat, tak terbangun la dia.. gerak2 je..

esoknya aku cuti.. tak larat sebenanye, sambung tidur lambat... pagi tu ajak suami pergi klinik. then pergi lah satu klinik swasta ni. doc check tekak anisa, katanya ada putih2.. katanya perhatikan kalau ada bintik2 merah kat mulut, tangan, kaki datang semula kat klinik. takot HFMD.. alahaiii...anakku.. dia bagi ubat demam dan selesema coz anisa kena selesema sikit. tak puashati penjelasan doc tu sebenarnya. tambahan pernah baca yang ubat selesema@batuk tak sesuai untuk bayi bawah 2 tahun.. balik tu bagi lah makan ubat demam je.. dengan ubat selesema (tak sampai hati sebenarnya).. malamnya pon sama, badan anisa hangat lagi, pukol 4 pagi aku tuam dia..

esoknya pergi klinik lain, doc kata demam biasa je (takde HFMD pon) alhamdulillah... doc ajar tepuk2 keluarkan hingus dia. aku pon kena juga buat tepuk2 tu.. doc kata batuk dan selesema aku serius dan boleh sebabkan lelah kalau lendir tu tak keluar.. huh... kalo seminggu masih sama, aku kena sedut..eeeee... tapi alhamdulillah, 4 5 hari selesema batuk anisa pon dah kurang. aku pon beransur sihat.. kalau tak, kesian dia.. nak menyusu pon susah. tapi walaupon selesema, aku tengok anisa aktif macam biasa..main2 pon hingus meleleh je.. napas ikot mulut. bila aku nak lap hidung dia, bukan main susah.. nak cuci hidung pon susah. melalak2 dia kalau aku sentuh hidung dia yang kecik tu.. sampaikan dia trauma nak mandi sebab nampak air. dia ingat nak usik hidung dia..

ni alhamdulillah dah sihat. dah hilang trauma dia nak mandi. makin suka mandi, main2 air.. baru aku tahu susah kalau anak sakit... kesian.. rupa2nya anisa demam 2 hari tu anisa nak tumbuh gigi.. gusi dia bengkak.. sekali tumbuh 2 batang gigi.. satu atas dan satu bawah.. jadi anisa dah ada 3 batang gigi.. satu atas, 2 bawah. 1+2=3 batang.. seronoknya..gigi pertama anisa tumbuh masa umur 7 bulan.. gigi ke 2 dan 3 umor 10 bulan.. alhamdulillah anisa tak kena HFMD tu... terima kasih ya ALLAH